Langkah #1
Libatkan seluruh ahli keluarga
Ketika menentukan matlamat kewangan, paling baik kalau dapat melibatkan seluruh ahli keluarga. Cadangan, komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat anda.
Langkah #2
Buat matlamat yang S.M.A.R.T.
Matlamat mestilah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh tertentu (Specific, Measurable, Attainable, Relevant, Time related – SMART). Salah satu contoh matlamat SMART ialah “Saya mahu menjelaskan hutang kad kredit saya menjelang Januari 2009 dengan bayaran bulanan sebanyak RM150”.
Langkah #3
Senaraikan keutamaan matlamat anda
Senaraikan matlamat anda mengikut keutamaan di segi kepentingan atau tempoh masa dan letakkan senarai itu di tempat yang mudah dilihat setiap hari bagi membantu anda sentiasa ingat dan memberi tumpuan terhadap mencapai matlamat tersebut.
Langkah #4
Perancangan dan tindakan
Tentukan langkah khusus yang perlu diambil dan dilaksanakan. Misalannya, jika anda merancang untuk meningkatkan tabungan bulanan anda sebanyak RM100 atau hendak membawa bekal ke tempat kerja, pastikan anda melakukannya.
Langkah #5
Pantau perkembangan anda
Pantau perkembangan sendiri secara kerap bagi memastikan yang anda berada pada haluan yang betul. Berikan ruang untuk pengubahsuaian atau perubahan (jika perlu) dalam perancangan anda.
Langkah #6
Tabah
Buat takrif semula matlamat kewangan atau perancangan anda sekiranya perancangan asal tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki. Jangan sekali-kali berputus asa.