Di mana Silapnya?

Anda mempunyai wang sama ada banyak atau sikit, tetapi anda tetap menghadapi masalah kewangan. Kenapa ini berlaku? Di mana silapnya? Jika diamati, semuanya adalah bersangkut paut dgn pengurusan kewangan.


Mari kita ambil 2 situasi berbeza:-

  • Encik Ahmad, seorang 'Senior Executive' bergaji $5000 sebulan dan hanya mampu menyimpan $100 sebulan. Tidak melakukan sebarang kerja-kerja sampingan untuk mencari pendapatan tambahan (side income).
  • Encik Abu, seorang 'Pembantu Tadbir' bergaji $2000 sebulan dan mampu menyimpan $1800 sebulan. Juga tidak melakukan sebarang kerja-kerja sampingan untuk mencari pendapatan tambahan (side income).

Di sini, kita simpulkan bahawa Encik Abu mempunyai tahap kewangan yang jauh lebih baik daripada Encik Ahmad. Jadi belajarlah sebagaimana Encik Abu menjadi seorang yang 'kreatif' untuk membuat simpanan. Sekiranya anda gagal untuk menyimpan, lupakan niat anda untuk mencapai matlamat impian kewangan anda.
0 Responses